Sign My Guest Blog

Feb 23, 2009

Penguatkuasaan ditangguh


Salam...

nampaknya penguatkuasaan untuk penumpang belakang memakai tali pinggang keledar telah ditangguh ke tahun 2013. Emm... nampaknya yang bleum pasang talah diberi kelonggaran yang agak lama... tapi kena ingat... jangan lupa pasang tali pinggang tu... terutama keta cute kompak yang tak der tali pinggang belakang tu...

Kepada penumpang belakang pula... jangan ambil kesempatan untuk tidak memakai tali pinggang belakang tu... Ingat... pakai untuk keselamatan mereka & keluarga mereka... bukan pakai untuk lari dari kena saman...

Feb 11, 2009

kereta cute nak jual

Tadi sesajer melayari laman web mudah.com, terjumpa la satu keta cute nie... nak jual tu... kalo sesaper ada minat cuba la contack, tak tau la udah jual ker belum keta nie... besat woo... semua dah buat... cuci kaki jer... kalo nak gambar lain cuber tengok kat mudah.com


Price: RM 16 500 Reg. year: 1998 Mileage: 85 000 - 89 999
Year registered :1998
Engine : L2S 660EFI Turbo
Condition : Tip top
Transmission : 5 speed manual LSD Speed gear
Bodykit : L2S + L5, 14" rim
Interior : L5 Dashboard + blower + L5 meter, Stereng F1 racing, Autogauge smoke Oil temp, Volt, RPM, Boost meter,
Racing starter, micro turbo timer, Custom front bucket seat and back seat, cd+mp3 player + amp + preamp + speaker depan 5" belakang 3 way + tweeter, 2 power window + 2-ways alarm system(can start engine from distace),

loc:area bt. caves, gombak or slayang

* Enjin br tukar dlm bulan 10 thn lepas, skang ni dlam proses nak endorse, dun wori
*Rodtax baru je tukar awl bulan ni..
* aircond br tukar dlm bulan 11 thn lepas (cost almost 1K)

p/s: ni gambar lame,kat depan 2 cat dah luntur sket, speaker pn dh tukar yg baru, siap wat crossover lg sedap bunyik. condition tip top, insya' Allah xde masalah

Price : RM16500(nego sampai letgo)
contact : 013-3534956 : Ammar (SMS n call only, no email)

Feb 9, 2009

K-Kompak : Kecil Ranggi Power


Ini majalah kegemaran aku... memang best la baca buku nie... boleh tengok pelbagai jenis modefikasi kereta kompak.

Banyak gambar kereta-kereta kompak yang telah jauh berubah dari patern asal produa... Walaupun pengubahsuaian luaran kereta merupakan satu kesalahan kepada undang-undang jalan raya kita... namun para peminat kereta kompak tak kesah... demi minat dan hobi masing-masing, lautan jpj sanggup ku renangi...

Aperpun kalau korang nak majalah nie... dapatkanlah dipasaran... kekadang susah nak dapat majalah nie... Selalu sold out... Kalau nak mudah, langganlah melalui ruangan langganan dalam majalah nie... Setakat nie.. aku tak luper beli tiap-tiap bulan... Tapi tak la banyak sangat... aku pun baru je mula beli majalah nie dalam 6 bulan lepas...

Aku akan cuba masukkan gambar muka depan majalah nie setiap bulan mengikut keluaran ... tapi muka depan jer la... kalo nak dalam nyer kena beli la... kang aku kena saman ngan penerbitnya pulak...

Okey... cau...

Feb 8, 2009

Pasang tali pinggang belakang...



Atas usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan maut, maka kerajaan Malaysia telah menetapkan satu kewajipan kepada kita semua untuk memakai tali pinggang keledar bagi penumpang belakang. Jadi untuk mengelakkan penumpang dari disaman oleh pihak berkuasa, maka kita semua wajiblah memasang tali pinggang belakang untuk kereta kita walaupun keta kecik...

Untuk pengetahuan semua @ ramai yang dah tau bahawa produa menyediakan pemasangan percuma tali pinggang belakang kepada semua jenis kereta keluaran produa. Percuma Bro...
Tempoh pemasangan pun cuma lebih kurang 1/2 jam jer. Aku pun dah pasang... FOC.

Kalau sesiapa yang belum pasang, anda cuma perlu pastikan pusat servis produa yang menyediakan pakej pemasangan tersebut, lepas tu buat appoiment. Tu jer... masa nak buat pemasangan kena bawa salinan geran kereta... jangan lupa tu...

Selain itu mungkin ada kengkawan kita yang ada budget banyak buat pemasangan kat kedai-kedai accescories... terpulang la... duit korang beb... Tapi aku nasihatkan buat aper membazir, aku pernah tengok sebiji kancil buat pemasangan tali pinggang belakang dengan kos Rm160. Aku tengok kualiti nya pun kurang skit... bagus lagi tali pinggang free yang dibekalkan oleh produa...

So, terpulang pada engkorang semua... Pikir-pikir lah...


Nie stiker yang diberi oleh produa selepas membuat pemasangan pada kereta kecik yang takder tali pinggang belakang... Wajib lekat tau...

Feb 7, 2009

New members...

Salam semua... takat nie aku dah masukkan skit-skit la info tentang K-kar... Tak banyak la... dalam blog list lik tu banyak gak la...

Aku buat blog nie pun sajer suka-suka jer... la nie memang seronok layan k-car nie...

Okey la... Enjoy with K-car