Sign My Guest Blog

Feb 8, 2009

Pasang tali pinggang belakang...



Atas usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan maut, maka kerajaan Malaysia telah menetapkan satu kewajipan kepada kita semua untuk memakai tali pinggang keledar bagi penumpang belakang. Jadi untuk mengelakkan penumpang dari disaman oleh pihak berkuasa, maka kita semua wajiblah memasang tali pinggang belakang untuk kereta kita walaupun keta kecik...

Untuk pengetahuan semua @ ramai yang dah tau bahawa produa menyediakan pemasangan percuma tali pinggang belakang kepada semua jenis kereta keluaran produa. Percuma Bro...
Tempoh pemasangan pun cuma lebih kurang 1/2 jam jer. Aku pun dah pasang... FOC.

Kalau sesiapa yang belum pasang, anda cuma perlu pastikan pusat servis produa yang menyediakan pakej pemasangan tersebut, lepas tu buat appoiment. Tu jer... masa nak buat pemasangan kena bawa salinan geran kereta... jangan lupa tu...

Selain itu mungkin ada kengkawan kita yang ada budget banyak buat pemasangan kat kedai-kedai accescories... terpulang la... duit korang beb... Tapi aku nasihatkan buat aper membazir, aku pernah tengok sebiji kancil buat pemasangan tali pinggang belakang dengan kos Rm160. Aku tengok kualiti nya pun kurang skit... bagus lagi tali pinggang free yang dibekalkan oleh produa...

So, terpulang pada engkorang semua... Pikir-pikir lah...


Nie stiker yang diberi oleh produa selepas membuat pemasangan pada kereta kecik yang takder tali pinggang belakang... Wajib lekat tau...

0 comments:

Post a Comment